Masyarakat Dan Budaya, Apa Kaitannya?
Sesebuah masyarakat itu selalu akan dikaitkan dengan sesuatu adat ataupun budaya yang mereka amalkan dalam kehidupan seharian. Namun, adakah budaya yang diamalkan itu memberikan impak yang positif kepada generasi masyarakat yang akan datang? Sebelum kita menilai baik buruk sesuatu budaya itu, elok sekiranya memahami terlebih dahulu apa yang difahamkan dengan budaya dalam masyarakat. Semua tahu bila disebut budaya, kita akan menggambarkan adat, makanan, pakaian, dan tarian tetapi apakah itu sahaja? Jika kita lihat daripada perspektif yang berbeza, budaya ini boleh dikelaskan dengan amalan ataupun tingkah laku bagi sesebuah masyarakat tersebut. Bagaimana sesebuah masyarakat boleh mempunyai tingkah laku yang sama? bukankah setiap orang mempunyai ciri tingkah laku yang berbeza. Semua itu bermula dengan hanya amalan yang dibawa oleh seseorang ataupun sesebuah kelompok minoriti lalu diterapkan dan diserap ke dalam kelompok yang lebih besar. S elama beraba...