Masyarakat Dan Budaya, Apa Kaitannya?
Sesebuah masyarakat itu selalu akan dikaitkan dengan sesuatu adat ataupun budaya yang mereka amalkan dalam kehidupan seharian. Namun, adakah budaya yang diamalkan itu memberikan impak yang positif kepada generasi masyarakat yang akan datang?
Sebelum kita menilai baik buruk sesuatu budaya itu, elok sekiranya memahami terlebih dahulu apa yang difahamkan dengan budaya dalam masyarakat. Semua tahu bila disebut budaya, kita akan menggambarkan adat, makanan, pakaian, dan tarian tetapi apakah itu sahaja? Jika kita lihat daripada perspektif yang berbeza, budaya ini boleh dikelaskan dengan amalan ataupun tingkah laku bagi sesebuah masyarakat tersebut. Bagaimana sesebuah masyarakat boleh mempunyai tingkah laku yang sama? bukankah setiap orang mempunyai ciri tingkah laku yang berbeza.
Semua itu bermula dengan hanya amalan yang dibawa oleh seseorang ataupun sesebuah kelompok minoriti lalu diterapkan dan diserap ke dalam kelompok yang lebih besar. Selama berabad budaya yang dianuti di negara kita Malaysia telah sebati membentuk identiti sesebuah kelompok masyarakat tersebut. Yang kemudiannya menjadikan satu perkara normal dalam kehidupan masyarakat kini. Ok sudah pengenalan nanti bosan pula orang baca hahaha.
Jadi adakah budaya yang tersedia ada ini mendatangkan kebaikan mahupun keburukan kepada masyarakat. Jika kita fahami dan memerhatikan budaya yang diserap masuk dalam masyarakat kini, sudah tentu ada "pros and cons"nya. Apabila kita bercakap mengenai sesebuah masyarakat, kita akan memfokuskan majoriti bangsa disesebuah negara tersebut tetapi bukan bermakna amalan budaya bangsa tersebut tidak tersebar kepada bangsa lain kerana mereka sudahpun duduk sebumbung sejak dahulu lagi.
Masyarakat kita sering menjaga tepi kain orang lain sehingga tidak sedar bahawa budaya itu tidak kena pada tempatnya menyebabkan masyarakat lain semakin menjauhi mereka dan memberi tanggapan buruk. Jangan salah faham, bukan tidak boleh, akan tetapi biarlah kena pada tempatnya. Amalan ini tidaklah salah, malah perlu sebagai tanda keprihatinan, tetapi ada diantara mereka yang suka memerli dan bertanya soalan privasi malah sehingga boleh mengguriskan hati. Budaya ini bukan sahaja ada pada golongan warga emas, malahan terbawa-bawa kepada anak-anak muda. Membuktikan bahawa budaya tersebut mudah meresap masuk ke dalam masyakat.
Tambahan lagi, amalan mudah mempercayai daripada satu pihak sahaja merupakan budaya turun temurun masyarakat kita. Mereka mendengar daripada mulut ke mulut yang semuanya bermula di dapur sampailah ke mesyuarat tingkap sehingga berita tersebut tersebar ke seluruh kampung. Berita yang disampaikan itu tidak berhenti di situ sahaja, malah ada juga yang menokok tambah jika dirasakan perlu menambah bahan perencah untuk menyedapkan cerita, Hal ini yang menjadikan sebuah amalan norma dalam masyarakat. Seharusnya perlu diselidik terlebih dahulu khabar yang diterima. Kerana mulut badan binasa. Mungkin yang tidak tahu akan mudah percaya dan tertipu dengan berita yang disampaikan. Hal ini boleh menyebabkan jika berita yang disampaikan itu berita buruk maka boleh melahirkan sikap prejudis dalam kalangan masyarakat.
Kita sedia maklum bahawa dunia yang kian maju menyebabkan sesetangah budaya tidak diendahkan oleh generasi muda kerana mungkin pemikiran yang semakin liberal dan moden menyebabkan budaya tersebut dipandang "lapok" dan "tradisional". Tetapi jika difikir balik, mana mungkin budaya kita dilupakan begitu sahaja cuma berlaku evolusi dalam pengamalan budaya. 2 contoh amalan tersebut sudah cukup untuk menggambarkan baik dan buruk budaya yang diamalkan dalam sesebuah anggota masyarakat dalam negara kita. Tidaklah semua budaya itu memberikan kesan buruk pada masyarakat. Jika budaya tersebut terlalu obses diamalkan, mungkin akan mendatangkan kesan buruk kepada generasi akan datang.
Kesimpulannya, seharusnya diteliti dahulu sebelum membuat sesuatu tindakan agar tidak mendatangkan kesan yang negatif kepada generasi akan datang. Mungkin perkara ini nampak kecil, tetapi lama kelamaan akan sebati dalam jiwa masyarakat.
Blog ini bukanlah bertujuan untuk memburukkan budaya masyarakat Malaysia, tetapi ingin mengajak pembaca untuk sentiasa berhati-hati dalam gerak geri yang dibuat, malah ingin sama-sama memikirkan semula bahawa betapa indahnya budaya kita jika mengamalkan sikap nilai murni. Bunyi clichen bukan tapi itulah hakikat. Kita terlupa mengaplikasikan sikap positif dalam diri lebih lagi apa yang telah diajar dalam agama sehinggakan masyarakat tidak endah jika bersikap sinis.

Comments
Post a Comment