Konsep & Ciri Negara Berdaulat




Takrif umum Negara
  • Suatu kelompok masyarakat atau komuniti yang mendiami sebuah wilayah fizikal yang mempunyai sempadan dan ditadbir oleh sebuah kerajaan.
  • Sebuah wilayah tertentu yang didiami oleh sesebuah bangsa dan mempunyai institusi pemerintah yang berkesan.
  • Satu masyarakat yang mendiami sesebuah kawasan atau wilayah secara tetap dan diperintah oleh sebuah kerajaan.
Jadi takrifan sebuah Negara secara umum itu dapat ditakrif atau didefinisikan dalam 3 perkara penting:
  1. Kelompok masyarakat atau rakyat (tetap)
  2. Sempadan yang jelas dan diiktiraf (PBB)
  3. Ditadbir atau diperintah oleh sebuah kerajaan yang berkesan (sistematik)

Negara Malaysia dikatakan negara yang berdaulat. Mengapa?

Berikut merupakan ciri Malaysia sebuah negara Berdaulat:
  • Merdeka
  • Berkuasa sendiri
  • Berwibawa (Legitimasi)
  • Beridentiti sendiri
Merdeka               - Bebas daripada penjajahan kuasa asing (politik, ekonomi, sosial).
- Bebas dalam membuat sebarang keputusan tanpa dipengaruhi oleh
  mana- mana kuasa asing.
Berkuasa Sendiri 
- Mempunyai kerajaan yang mampu mentadbir urus 
  berdasarkan kepada Perlembagaan negara sendiri sebagai asas 
  kepada undang-undang (Perlembagaan Persekutuan). 
Wibawa   
- Memiliki kuasa politik dan ekonomi yang stabil dan kukuh .
- Mampu menjamin keamanan dan keselamatan rakyat.
- Diiktiraf kewibawaannya oleh negara luar (PBB).
- Mempunyai hubungan luar (diplomatik).
Identiti Sendiri - Mempunyai ideologi, bendera, jata negara, dan lagu kebangsaan.
- Bersahabat dengan semua negara tanpa mengira ideologi.

Terdapat pelbagai bentuk identiti Malaysia yang menunjukkan Malaysia Negara Berdaulat;
- Bendera Malaysia (Jalur Gemilang)
- Lagu Kebangsaan (Negaraku)
- Ideologi (Rukun Negara)
- Jata Negara
- Bunga Kebangsaan (Bunga Raya)
- Budaya pelbagai bangsa Malaysia (Melayu, Cina, India, Kadazandusun, Iban)
- Pemerintahan (Demokrasi Berparlimen & Raja Berperlembagaan)

SISTEM KERAJAAN

Takrif umum Kerajaan
  • Sebuah badan atau institusi yang bertanggungjawab menjalankan fungsi-fungsi pengurusan dan pentadbiran sesebuah negara.
  • Badan yang menggubal, mentafsir, dan melaksanakan sesuatu dasar demi pembangunan negara dan kebajikan rakyat sejagat.
Secara ringkasnya kerajaan ini bermaksud:

Institusi pentadbiran yang bertanggungjawab dalam apa-apa dasar (gubal, tafsir dan jalankan).


Tanggungjawab Kerajaan (yang perlu dilaksanakan)
1. Menentukan arah pentadbiran negara
  • Merancang dan menyelaraskan pentadbiran.
  • melaksanakan tadbir urus negara berasakan prinsip tadbir urus baik.
2. Menjaga ketertiban (law and order) dan kemanan negara
  • Menguatkuasakan undang-undang.
  • Menjaga anggota masyarakat (perlindungan daripada sebarang bencana).
  • Memastikan situasi negara terkawal dan stabil (politik, ekonomi, sosial).
3. Mengusahakan kebajikan dan kesejahteraan rakyat
  • Menyediakan pelbagai kemudahan perkhidmatan kepada rakyat
  • Pembangunan sosioekonomi secara lestari
4. Mengeratkan perpaduan dan keharmonian
  • Wujudkan perpaduan dan keharmonian dalam kalangan rakyat berasakan Rukun Negara.
5. Menjaga Kedaulatan
  • Membentuk dasar pertahanan negara untuk mempertahankan keselamatan negara dan rakyat daripada ancaman atau gangguan (dalam dan luar negara).
6. Mengadakan hubungan antarabangsa
  • Hubungan diplomatik dengan negara lain.
  • Hubungan Bilateral (secara terus dengan negara-negara tertentu).
  • Hubungan Multilateral (secara kumpulan dan perhubungan).
  • Bagi pertahankan keselamatan dan perkukuhkan ekonomi negara.

Terdapat 2 Jenis Kerajaan (diamalkan sekarang)
1. Kesatuan
  • Gabungan beberapa buah negeri membentuk Kerajaan Pusat sahaja.
  • Kuasa pentadbiran dan perundangan terletak pada Kerajaan Pusat.
  • Seperti: Indonesia, United Kingdom, Arab Saudi, dan Perancis
2. Persekutuan
  • Gabungan beberapa buah negeri membentuk Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.
  • Kuasa pentadbiran dan perundangan terletak pada Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.
  • Seperti: Malaysia, Amerika Syarikat, Kanada, dan India


Comments

Popular posts from this blog

Kenali Sistem Raja Berperlembagaan

Masyarakat Dan Budaya, Apa Kaitannya?