Posts

Showing posts from June, 2020

Konsep & Ciri Negara Berdaulat

Image
Takrif umum Negara Suatu kelompok masyarakat atau komuniti yang mendiami sebuah wilayah fizikal yang mempunyai sempadan dan ditadbir oleh sebuah kerajaan. Sebuah wilayah tertentu yang didiami oleh sesebuah bangsa dan mempunyai institusi pemerintah yang berkesan. Satu masyarakat yang mendiami sesebuah kawasan atau wilayah secara tetap dan diperintah oleh sebuah kerajaan. Jadi takrifan sebuah Negara secara umum itu dapat ditakrif atau didefinisikan dalam 3 perkara penting: Kelompok masyarakat atau rakyat (tetap) Sempadan yang jelas dan diiktiraf (PBB) Ditadbir atau diperintah oleh sebuah kerajaan yang berkesan (sistematik) Negara Malaysia dikatakan negara yang berdaulat. Mengapa? Berikut merupakan ciri Malaysia sebuah negara Berdaulat: Merdeka Berkuasa sendiri Berwibawa (Legitimasi) Beridentiti sendiri Merdeka                 - Bebas daripada penjajahan kuasa asing (politik, ekonomi, sosial). - Bebas dalam membuat sebarang keputusan tanpa dipengaru...

Kenali Sistem Raja Berperlembagaan

Image
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA       Institusi Raja Berperlembagaan merupakan "Check and Balance" bagi sistem Demokrasi Berparlimen yang merupakan sistem pentadbiran di Malaysia. Kita semua tahu akan sistem ini akan tetapi tidak semua memahami apa sebenarnya tugas dan tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong? Adakah baginda hanyalah simbol perpaduan dan kedaulatan negara semata-mata? Mari kita lihat.      Raja Berperlembagaan bermaksud sistem beraja mengikut perlembagaan. Yang di-Pertuan Agong (YDPA) bertindak menurut nasihat Jemaah Menteri, manakala raja sesebuah negeri pula bertindak mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO). YDPA ialah Ketua Negara, manakala Perdana Menteri ialah Ketua Kerajaan yang menjalankan pentadbiran negera. Di Peringkat Negeri pula, Sultan/ Yang di-Pertuan Negeri ialah Ketua Negeri, manakala Menteri Besar/ Ketua Menteri ialah Ketua Kerajaan Negeri. Perkara 32 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa: "... Maka ...